sungguh pn ramai yg tahu akan kesengsaraan apabila kita meminjam wang dgn along ni.. tp masih ramai juga yg berani meminjam wang dgn mereka.... kerajaan khusus nya PBT² setiap negeri berusaha menanggalkan poster² yg ditampal dimerata tempat, supaya rakyat negara ini tidak terjebak dgn gejala along ini... salah satu langkah murni untuk kesejahteraan hidup..
apa yg menghairan aku, hari ni aku ada la beli surat khabar yg famous kat malaysia ni.. klau x silap aku.. akhbar no.1.. apa yg memeranjatkan aku.. terdapat 2 muka surat, penuh dgn iklan² agensi² yg sanggup meminjam kan wang walaupn kita dlm keadaan blacklist.. aku x berani nak katakan iklan ini adalah salah satu gerakan along, tapi bila diteliti, saling x tumpah dgn iklan² along yg berada di tiang² lampu, di pondok telefon dan merata² tempat yg boleh kita temui..
sekiranya perkara ini benar.. aku harap, pihak editor akhbar tersebut perlu mengambil langkah yg serius utk menangani perkara ini.. jgn la kita utamakan keuntungan sekiranya terdapat org yg sengsara dgn iklan dr akhbar tersebut.. pd pandangan aku, ianya seperti memudahkan lagi utk rakyat dinegara ini terjerat dgn gejala along..
kat bawah ni aku letak gambar akhbar tersebut.. so korang leh la nilai sendiri sama ada iklan ini ada berunsurkan along ataupn tidak.. lain org lain pandangan nya... semoga kita semua hidup dgn aman dan sejahtera...


