Aku dan Kau berbeza©

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

-Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
-Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
-Saksinya kurang berbanding lelaki.
-Menerima pusaka kurang dari lelaki.
-Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
-Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
-Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
-Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.


salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

Dimana Isteriku!!!

~~sebuah kisah tragis dan ngeri~~


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!


salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

gembira nyer hati

assalamualaikum sumer...

lama brader x update blog nie.. sejak kebelakangan ni, brader teramat la sibuk.. cuma yg terbaru brader baru abis kursus kawin pd 13&14 december 2008..

dan pada bulan lepas, brader baru je lepas bertunang.. alhamdulillah sumer nyer selamat..

hope sumer ok la lepas ni yek.. hehehe.. jumpa lagi..

wassalam..


salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

gathering ex-smk desa kencana

assalamualakum sumer..

ini post yg pertama dibulan november.. bkn apa.. brader ada sedikit yg nak di kongsi bersama.. terutama nya buat kwn² sekolah dulu..

1 november 2008, bersamaan dgn hari khamis, bertempat di DOME KLCC.. buat pertama kali nya, member² sekolah brader berkumpul secara beramai².. tidak kira senior atau pn junior.. senang citer Gathering ex-SMK Desa Kencana .. yg best part, sekolah brader dulu ni terletak di sabah, kawasan felda la tue.. jauh kan.. ahaks..

boleh dikatakan ramai la juga yg dtg.. xde aktiviti apa pn.. just lepak².. borak².. maklum la.. dah lama x jumpa.. ada yg dtg sorang, yg berdua.. yg bawak anak pn ada.. ish² dah lama rupanya brader tinggalkan zaman sekolah.. ada juga yg bawak adik ipar.. x kisah la.. yg penting happy.. kepada pakya selaku penganjur.. terima kasih la sebab sudi meringan kan tulang mengumpul kan member² lama.. kepada member² yg dtg dr jauh.. mcm dr jerantut.. dr muar.. terima kasih la diatas sokongan korang.. cuma yg dr sabah tu xde la.. tp still ada member brader yg budak sabah walaupn x ramai.. tp dorang keje n blaja kat cni..

brader harap ikatan sillaturrahim ni xkan terhenti disini saje.. klau leh la kan, lain kali kita buat yg lagi gempak.. ahaks.. kt sini brader ada titip kan beberapa keping gambar utk tatapan bersama.. walaupn x byk.. tp still dpt merasa bahang keriangan nyer.. gambar ni brader susun kecik² je.. klau nak tgk dgn jelas, just klik je gambar tue.. so nanti jd la besar.. ahaks.. mcm ngajar budak skolah plak.. tp xpe la, mari la kita lihat beramai²..



salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

seronok nya.. team bonding

pada 24hb-26hb october 2008, brader ada mengikuti satu kursus yg dianjurkan oleh company tempat brader bekerja.. bertempat di AnCasa Hotel & Spa, Port Dickson.. seronoknya mmg x terhingga.. kat cni brader nak share gmbr² ngan korang sumer.. walaupn x byk.. tp cukup mengambarkan keseronokan nya.. biar kita sama² seronok la ye.. enjoy the pic..

tempat brader menginap, cantik kan..

dpt mencelah pn jadi la..

bendera group brader.. bendera yg dpt markah paling tggi.. hehehe

antara kapal terbang yg direka.. dan sedia utk diterbangkan.. mcm budak² la..

berehat selepas 'mencekik'.. kenyang betul..

brader bersama katty n pablo.. ganas siut nama..

posing depan hotel sblm balik..

kepulangan yg dinanti.. walaupn dgn menaiki bas sekolah.. huhu.. sadis..

sekian saja paparan dari brader,buat tatapan korang sumer..


salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

alhamdulillah.. sembuh juga adik ku..

sekadar coretan berkongsi kegembiraan..

alhamdulillah.. brader memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi.. akhirnya.. adik brader sedar dari koma.. dan beransur sembuh..

kepada sesiapa yg telah memberi bantuan, sama ada secara lagsung atau pn x.. zahir ataupn batin.. hanya ucapan ribuan terima kasih yg brader dpt lafazkan.. hanya tuhan saje yg dpt membalas budi kalian..

brader berdoa agar adik brader akan terus sihat dan dpt menjalani kehidupn seperti biasa..


salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

member ku..

salam semua.. hari ni brader nak citer psl member.. bukan nak mengutuk dan juga bukan nak memuji.. sekadar ingin bersuka ria.. hehehehe.. ini ada kene mengena ngan hari raya.. kan kita masih dibulan ramadhan.. eh silap.. bulan syawal..

alkisah disatu pagi yg hening.. brader baru balik dr keje.. brader lepak² la kat depan tv.. nak tido xleh sb x ngantuk.. (brader bantai tido kat opis.. tu pasal la x ngantuk.. hehehe) brader baik punya landing.. tetiba member brader ni bersiap la, nak kuar umah.. brader ingat dia nak gi kerja.. brader pn x kisah la.. brader biar kan..

yg best part nya, kejap je dia kuar, pastu dia dah balik.. brader malas nak tanya byk.. tuhan kan maha besar, nak di jadikan citer, brader ajak la dia kuar makan.. nak tau apa dia ckp.. "klau nak makan pegi la tingkat 6".. brader pn jadi pelik la.. rupa²nya dia gi umah terbuka.. cis x guna punya member, ada ke patut gi umah terbuka x ajak member.. rupanya dia gi umah awek yg br dia kenal, awek tu plak duk satu kondo ngan brader, cuma tingkat je berbeza.. patut la dia asyik usya je awek tue..

yg brader hangin, dia ckp kat awek tu, budak umah dia sumer tido, tu pasal la dia dtg sorang.. cait.. banyak busuk punya kawan.. padahal brader duk tercongok dpn tv.. dia buat xtau.. lagi mau ckp brader tido.. xpe.. brader ngan member brader lagi sorang kurung dia kat koridor, x kasi masuk.. muahahahahaha...

tp korang jgn ingat brader buat jahat ngan dia.. sekadar hiburan.. bermesra ngan teman².. baru la hidup tu happy.. kat bawah ni brader kasi tunjuk gambar dia masa kena kurung kat koridor.. kesian.. muahahahaha... pd member brader ni.. jgn marah ar.. brader saje gurau².. xkan satu umah je nak gelakkan.. kita kasi gelak satu panggung.. muahahahahaha..

ni la dia muka minta kesian.. hehehe

salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

semoga adikku sembuh..


pagi 9.10.2008 bersamaan hari khamis jam 11.30pg.. brader mendapat satu panggilan tipon dr ayah brader.. satu²nya brite yg brader sdr x sangka dan x mahu dgr.. tp itula kenyataan nya.. adik brader yg no-4 koma dan dimasukkan ke ICU, hospital sultanah aminah, johor bahru.. brader betul² x keruan dibuat nya pg tu.. apa yg brader ingat, hanya ALLAH S.W.T.. brader trus blk ke johor selepas mengambil adik brader di tg malim dan di shah alam..

sepanjang perjalanan, pikiran brader dah x tentu arah.. brader panjat kan doa semoga adik brader selamat.. lbh kurang 6.30 ptg brader sampai di hospital.. hanya tuhan saje yg tahu perasaan brader pd masa tue bila melihat keadaan adik brader.. pd masa brader sampai, adik brader masih blum dpt tepat di ICU sb penuh.. hanya tuhan yg tahu.. betapa sedih nya prasaan brader melihat nya.. brader tidak dpt mengekang air mata brader dr jatuh ke bumi.. pd masa itu hanya alat bantuan pernafasan secara manual yg dpt membantu adik brader.. trime kasih brader ucapkan kepada nurse yg tidak henti² mengepam alat pernafasan bg membantu adik brader..

adik brader hanya dpt tempat di ICU pada pukul 7.30 mlm.. melihat keadaan nya di ICU membuat kan brader lagi sayu hati.. wayar berselirat.. merentang ditubuh adik brader..

ya Allah.. besar sungguh dugaan yg ko berikan kepada kami.. brader hanya mampu memanjatkan doa semoga adik brader cepat sembuh dan dapat menjalani hidup seperti sedia kala.. amin...

salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

rumah terbuka

salam semua...

skang ni brader tgh rajin.. so leh la brader kongsi citer serba sedikit ngan semua.. bukan apa, nanti kalau sampai time malas brader, hehehe.. jawab nya berkurun la brader x update..

brader nak citer ckit pasal umah terbuka.. mlm td brader gi umah member brader kat klang.. biasa la buat umah terbuka.. brader apa lagi.. serang la.. makan free.. brader ingat x ramai yg dtg.. rupa nya leh tahan gak la.. biasa la.. bila dah jumpa member² kan.. kecoh nya bagai nak giler.. tp sebenarnya seronok..

walaupn brader penat baru blk keje.. brader gagah kan juga pegi.. setahun sekali je org buat umah terbuka ni.. rugi klau x pegi... apa yg dihidang kan brader x kisah.. yg penting sillaturrahim diantara umat manusia tu yg penting..

kepada saudara badin aka fandi, terima kasih sebab sudi menjemput brader ke rumah.. kepada sekelian member.. selamat hari raya.. maaf zahir batin..

salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

Dynasty... Destiny... Destinasi...

malam td brader ada la kuar lepak ngan member² brader.. bukan apa, saje berborak.. maklum la baru abis beraya.. mesti banyak la citer menarik nya.. mcm biasa la port lepak brader n the gengz, restoran mmz bukit jelutong, shah alam.. hehehe.. best tu tempat tu.. nasi lemak ayam dia.. kaw giler... ayam je la.. nasi cam biasa je la.. hehehehe.. ada la member brader ni msj member brader yg lagi sorang.. ajak lepak skali.. tp dia x bls.. brader ingat dia xnak lepak.. tup² je dia sampai terpancul kat situ.. ish..ish..ish.. mcm ginie in the bottle la..

nak di jadi kan citer.. ada la kitorang buka citer pasal hotel.. bukan apa pn.. citer biasa jek.. pasal hotel dynasty.. ada la member brader ni citer.. dia ckp ada kawan dia nak cr hotel tu.. tp tersalah sebut hotel destiny.. sampai kiamat cari pun x jumpa.. hehehehe.. ada plak member brader ni, konon nya nak la explain kat awek dia.. punya la excited nak citer.. sampai dia pun tersalah sebut.. jadi hotel destinasi.. apa lagi... jadi bahan gelak la.. member brader sorang ni, gelak bagai nak giler.. kitorang panggil dia mat pekak.. apa la diorang ni.. benda cam tu pn nak jadi bahan gelak.. kesian kat member brader tu (padahal brader pn gelak skali.. hehehehe..)

itu la member² brader.. pantang jumpa.. ada je yg nak dijadikan bahan lawak.. benda kecik pn leh jadi bahan gelak.. hehehehehe.. xpe la.. yg penting bahagia.. cuma brader harap.. jgn kerana gelak, leh jadi gaduh.. itu yg xbest.. bergurau senda itu lumrah manusia.. yg penting hidup happy..

mamat hotel destinasi (jd bahan gelak)
*jgn marah ar geng*

salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

ke'boring'an di raya ke-6

saat yg mem'boring'kan brader.. mana leh jadi brader sensorang je keje.. yg lain sumer seronok lagi bercuti.. cait.. klau raya kedua brader x kisah.. ni raya ke-6.. ayam pn dah mula bertelur balik ma... adusssssss.... sadis nya

antara aksi² menarik brader yg menunjukkan brader tgh boring keje sensorang kat opis.. syahdu siut..























































salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

pesta raya

tajuk macam gempak jek.. hehehehe.. sebenarny xde gempak apa pn.. cuma apa yg brader nak citer kan ni.. ada la kena mengena ckit ngan raya tahun ni..

citer pagi raya brader mmg menyedihkan..dah la brader x blk kg.. pastu pepagi raya makan maggi.. syahdunya rasa.. tp nak wat camne kan.. brader trime seadanya.. raya kedua brader keluar jenjalan ngan buah hati brader.. gi la tgk wayang kat pavilion citer Senario The Movie Episode 1.. layan gak la citer tu.. tp yg syok nya, org dalam panggung tu x sampai pn 20 org.. muahahaha.. sadis giler..

malam raya kedua tu.. brader cabut balik kg.. nak gak merasa raya kat kg.. tp yg membuat kan brader terasa syahdu.. ayah brader sanggup nganyam ketupat memalam buta.. semata² utk brader.. itu la dia.. ayah brader sanggup buat apa saja utk anak² nya.. harap² brader dapat la balas budi mereka..

kisah di hari raya ketiga plak.. part ni yg best.. ramai sanak saudara yg dtg umah brader.. biasa la berhari raya kan.. yg best nya.. lepas makan.. sumer berkelah kat tepi laut. ha klau nak tau.. umah ayah brader dkt ngan laut.. saper² org johor yg duk kat area kulai ngan kota tinggi mesti tau tanjung leman kan.. so saper² yg rasa nak mandi laut.. moh la ke rumah brader..

raya ke empat.. brader dah balik ke s.alam.. rasa cam x puas jek beraya.. tp nak wat camne.. brader kena keje.. walaupn singkat masa nya di kg.. tp brader sempat juga merasa suasana beraya dgn keluarga.. tp amaran buat semua.. tahun depan brader nak cuti beraya puas².. sb tahun dpn insyaallah akan menjadi pengalaman baru utk brader.. nak tau apa dia?? tungguuuu...

salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

surat dari anak mak yg dah tak nakal©

Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...

suka duka "teater mata"



walaupn ianya sudah lama berakhir, tp brader rasa mcm baru semalam je ianya terjadi.. xde apa yg dpt brader ungkap kan selain rasa bangga brader terhadap usaha² anak² muda ini bg merialisasikan teater mata ini... walaupn paparan video ini tidak berapa canggih seperti mana yg lain.. tp cukup memberikan gambaran betapa gigih nya mereka ini..

sungguh pn brader hanya memegang watak kecil dlm produksi kali ini.. tp amat bermakna bg brader sb pementasan teater ini dipentaskan sama dengan tarikh birthday brader.. banyak suka duka dlm produksi ini yg akhirnya berjaya dipentaskan untuk tontonan umum.. syabas brader ucapkan kepada semua tenaga produksi yg menjayakan pementasan Teater Mata dari Kelab Teater Ceritera (KTC) pada kali ini..

brader juga menitipkan beberapa keping gambar bg mengubat kerinduan dan mengenang kembali nostalgia produksi ini..

waktu training, walaupn tanpa kelengkapan yg mencukupi.. semangat yg penting

antara babak² pementasan Teater Mata, sedih dan tragis.. brader la yg jd bapak tu.. garang x??


pelakon² dan krew² yg telah menjayakan pementasan..brader berdiri pakai baju putih.. hehehehe


lepak² selepas pementasan.. dorang leh plak buat suprise birthday party utk brader.. terharu sungguh brader..



salam kasih dr brader, indah itu indah sekiranya kita pandai mengindahkannya...