Askar Timbalan Setia Negeri Johor

kali ni brader nak citer tentang Askar Timbalan Setia Neger Johor (Johor Military Force -JMF). pasti ramai diantara kita terutamanya yg bukan berasal dari johor tidak tahu tentang kewujudan pasukan ini... pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1886 iaitu pada pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar. baginda menerima saranan pihak British agar memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi Institusi Diraja dan juga bumi Johor. JMF satu2nya pasukan tentera yg ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri dibawah kuasa Sultan Johor. pada permulaan kewujudan JMF ini, kompeni percubaan hanya terdiri daripada 60 org anak melayu johor dan 20 org punjabi. anggota melayu dilatih sebagai pasukan infantri manakala anggota punjabi pula sbg pasukan artileri.

apa yg menarik disini, pasukan tentera ini telah wujud sebelum kewujudan Rejimen Askar Melayu.. klau di congak dan dikira.. pasukan ini telah wujud hampir 124 tahun.. fuh lama tu... apa yg membuat kan istimewa dimata brader.. mgkn ada sebahagian kekuatan tentera kita telah diketahui umum.. tetapi kekuatan JMF ini tidak pula dpt dipastikan.. memandangkan negeri johor bersempadan dgn singapura yg mana asyik ingin bermain api dgn negara kita.. mgkn dgn ada nya JMF ini, sedikit sbyk dpt membantu mempertahankan selatan tanahair kita. pasukan ini juga memiliki Pasukan Khas mereka sdr..

jgn plak korang terkejut, ada beberapa nama besar dinegara ini yg pernah berkhidmat didalam Askar Timbalan Setia ini.. mereka adalah...



1) Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.Baginda juga merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

2) Tun Hussein Onn – Perdana Menteri Malaysia
Tun Hussein Onn juga pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

3) Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM
Jeneral (B) Tun Ibrahim Bin Ismail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

4) Ungku Ahmad bin Abd Rahman
Salah seorang daripada 3 orang yang dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India

5) Dato Onn Jaafar

6) Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid
Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid, bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.


walau apapun pandangan org tentang pasukan tentera ini, sbg anak kelahiran negeri johor, brader tetap berbangga.. kerana ini melambangkan kemasyuran dan keazaman rakyat negeri johor bg mempertahankan kedaulatan negeri dan negara nya.. mmg niat dihati tu dulu nak join JMF ini, tp apa kan daya.. x kesampaian.. hehehe.. pemilihan nya teramatlah ketat, perkara pokok yg ditekan kan semasa pemilihan adalah pegangan tehadap AGAMA ISLAM...


**brader mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan didalam penulisan artikel ini, ini berikutan artikel ini dtg dr pelbagai sumber.. sekiranya terdapat pembetulan, silalah beritahu brader.. apa yg ingin ditekankan didalam artikel ini, x kira dr mana asal kita.. yg penting kita sama.. kedaulatan negara perlu dijaga..**

sumber : internet, rakan2..