Selain dari itu, ibubapa boleh buat jadual belajar dirumah dan pastikan mereka ikut dengan disiplin tapi jangan beri mereka tekanan. Sebab kanak-kanak dibawah usia 12 tahun tidak boleh diberi tekanan yang terlampau dikhuatiri akan menjejaskan perkembangan otak mereka. Ok, kat bawah ni ada contoh jadual harian dirumah.
Contoh Jadual Harian Dirumah
INGIN MUDAH FOKUS DAN HAFAL SEMASA BELAJAR - klik disini
Terdapat beberapa teknik dan cara agar anak fokus belajar. Berikut dikongsikan 7 teknik supaya anak-anak senang fokus belajar.
Teknik #1 Cari tempat belajar yang sesuai.
Bilik tidur sangat tak sesuai jadi tempat untuk belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anak-anak. OFFkan dan putuskan network internet.
Teknik #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
Pastikan semua barang yang nak digunakan masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan terpaksa tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Ianya akan mengganggu fokus.
LAIN-LAIN TIPS UNTUK RAJIN BELAJAR - klik disini
Teknik #3: Cari teman belajar (Group study)
Kadang-kadang bila anak belajar seorang, ada yang mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Biarkan anak kita cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan carikan rakan yang asyik nak main jek.
Tips pilih teman belajar:
1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.
2) Pilih seseorang yang lebih bijak. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.
Teknik #4: Pilih snek sesuai
Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.
Teknik #5: Take 5 (rehat sebentar)
Untuk kekal fokus, perlu berehat sebentar. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.
Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.
2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.
Teknik #6: Rasakan Bahang Motivasi
Tips kekal motivasi:
1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.
2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.
"Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri". Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?
3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.
KEKALKAN DIRI SENTIASA BERMOTIVASI DAN BERSEMANGAT - klik disini
TEKNIK #7: Duduk dan Belajar
Dah cuba cara 1 - Cara 6? Jadi, dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca
Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?
Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.
Incoming Search Items:
ubat rajin belajar
cara membuat jadual belajar sendiri
jadual belajar dirumah
waktu terbaik untuk belajar
macam mana nak fokus belajar
rahsia jadi pelajar terbaik
cara fokus belajar sendiri
cara mudah menghafal
cara agar fokus belajar
anak rajin belajar
doa anak rajin belajar
petua anak rajin belajar
doa pelembut hati anak dan suami
cara fokus belajar dalam kelas
cara cara belajar dengan berkesan
cara membuat jadual belajar
cara membuatjadual belajar
cara-cara belajar yang berkesan, contoh jadual belajar
contoh jadual belajar di rumah
contoh jadual waktu belajar
contoh pelajar cemerlang
jadual belajar
jadual belajar di rumah
jadual belajar yang berkesan
jadual kelas
jadual waktu belajar
pelajar cemerlang spm
pelajar terbaik spm
tip belajar
tip belajar efektif
tips belajar
tips belajar berkesan
tips belajar cemerlang
tips pelajar cemerlang
tips pelajar cemerlang spm