Cara mendidik anak dan kesalahan yang sering ibubapa lakukan



Perkara paling seronok apabila bergelar ibubapa adalah tatkala hadirnya penyeri hidup dalam keluarga iaitu anak. Saat yang ditunggu selama 9 bulan 10 hari akhirnya diterjemahkan dengan lahir nya malaikat kecil yang bergelar anak didunia ini. Ibu bapa mula belajar cara-cara mendidik anak tidak kira la sama ada secara islam atau pun tidak. Perbandingan dilakukan demi mencari yang terbaik untuk anak kesayangan berlandaskan hukum islam yang sebenar.

Terdapat pelbagai cara mendidik anak dari bayi sehingga dewasa. Ramai ibubapa sekarang ini terlepas pandang kesalahan kecil yang selalu dilakukan semasa mendidik anak. Antara contoh kesalahan kecil semasa mendidik anak adalah :

1. Terlalu menjaga dan mengawal anak
Perkara ini sering berlaku apabila ibubapa terlalu mengawal (over protective) setiap tindak tanduk dan perlakuan anak-anak. Kerap melarang anak-anak yang ingin mencuba sesuatu yang mungkin pada pandangan ibubapa ianya bahaya. Apabila terlalu melarang, pemikiran dan pembesaran anak itu sendiri tidak akan sempurna.

2. Makanan ringan
Sudah lumrah kanak-kanak menyukai makanan ringan seperti gula-gula, jajan, aiskrim, coklat dan seangkatan dengannya. Bagi mereka, makanan ringan adalah paling sedap didunia. Ibubapa perlu mengawal perkara ini bagi kesihatan anak-anak. Bukan sahaja pada kesihatan badan tapi juga kesihatan otak mereka. Makanan ringan ini terlalu banyak mengandungi bahan-bahan yang tidak sihat bagi pembesaran anak-anak. Makanan seperti ini juga boleh menjadi punca kepada hiperaktif @ hyperactive.

Cara mengatasi anak hyperaktif - klik disini

3. Defend anak bila buat salah
Ini kerap terjadi, apabila anak buat salah tapai orang lain yang disalahkan, dalam erti kata mudah backup anak. Memang tidak menjadi kesalahan untuk backup anak-anak tapi perlu cara yang betul. Yang salah tetap salah, jangan sesekali backup anak sekiranya mereka buat salah. Sebab ini akan menjadi punca anak menjadi nakal dan degil. Ini kerana, anak-anak merasakan mereka sentiasa kebal dari semua kesalahan.

4. Terlalu memanjakan
Tidak salah untuk kita memanjakan anak-anak tetapi perlu ada batasnya. Jangan sampai dengan sikap ibubapa yang terlalu memanjakan anak-anak ini akan merosakkan masa depan mereka.

Didiklah anak kita dengan elok dan bijak. Bukan beli saja perlu bijak, mendidik anak juga perlu guna kebijaksanaan. Kerana anak-anak merupakan tiket kita di akhirat kelak.

TIPS MENYURUH ANAK BELAJAR DENGAN MUDAH