keberanian mengatasi segala nya

hari ni brader gi tangkak.. melawat adik ipar brader.. saje je sambil jenjalan.. secara kebetulan plak pakcik brader yang kat sg.mati, masuk hospital muar kerana masalah jantung. pada mulanya brader terkejut juga.. maklum la, dia yang jadi tukang masak masa majlis kenduri kahwin brader hari tu.. so tanpa melengah kan waktu, brader terus ke hospital untuk melawat dia.

alhamdulillah, setelah lebih kurang seminggu bertarung nyawa di ICU, akhirnya kedatangan brader disambut dengan kegembiraan dari ahli keluarga pakcik brader tue. pakcik brader telah sedar dari koma.. seperti yang selalu dicanang dan disebut, keberanian dan kesungguhan dapat mengatasi segalanya..

brader berdoa semoga, pakcik akan terus sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa..

bersatu jua

Dan kahwinkanlah orang² bujang dari kalangan kamu, dan orang² yang soleh dari hamba² kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.
Surah An-Nuur ayat 32


alhamdulillah... akhir nya apa yg dirancang kan selama ini telah selesai dengan jayanya.. brader sangat² bersyukur.. bermula la satu episod baru dalam hidup brader.. moga bahtera yang belayar ini dapat brader kemudi dengan baik dan sempurna.. biarpn taufan dan badai melanda, itu hanya lah dugaan yang tidak seberapa dari Yang Maha Esa..

disini brader papar kan serba sedikit gambar majlis yg berbahagia itu.. sekiranya ingin melihat dengan lebih lanjut boleh terus ke link² di bawah ini..

1) http://picasaweb.google.com/braderelax/GambarKahwinKelantanByCameraman?feat=directlink

2 )http://picasaweb.google.com/braderelax/WalimatulUrusAtKelantan?feat=directlink