akhirnya dia melihat dunia

assalamualaikum..

rasa seperti bertahun aku x update blog nie.. pejam celik.. pejam celik.. kita sudah ada dipertengahan syawal.. tinggal beberapa hari saje lagi syawal akan pergi meninggalkan kita..

syawal tahun ni amat bermakna dlm hidup aku, dan penyebab utama aku x update blog ni setelah sekian lama adalah kerana syawal juga.. citer xde la gempak mana.. alhamdulillah, segala penantian aku dan isteri selama ini akhirnya membuahkan hasil.. pada 25 Ogos 2011, tepat jam 12.58 tghari, lahir la pelengkap hidup kami berdua, seorang insan yang bergelar anak yg juga merupakan amanah paling besar dari ALLAH S.W.T... seorang bayi lelaki yg sempurna sifatnya..

dalam kegembiraan, terbit juga rasa kasihan tatkala melihat isteri menahan sakit selepas melahirkan.. (untuk pengetahuan korang, isteri aku bersalin melalui proses pembedahan).. tidak terpikir dr otak ku, bahawa jasad nya perlu dibelah untuk mengeluarkan amanah ALLAH itu.. tp aku bersyukur kerana semuanya selamat.. barulah ku sedar kini, betapa besar pengorbanan seorang ibu dr sejak mula dia melahirkan kita sehingga kita dewasa.. sempena syawal yg mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada ibu diatas segala kesalahan yg telah aku lakukan..

aku berdoa semoga , anak yg baru lahir ini, akan menjadi seorang insan yg berjaya didunia dan juga di akhirat.. terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada keluarga mertua aku, yg tidak putus² memberi bantuan tatkala isteri ku melahirkan amanah terbesar dr ALLAH S.W.T ini..