perihal kewujudan api didunia.. masyallah

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam a.s dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril a.s supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril a.s pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma..
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada satu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril a.s pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril a.s mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril a.s pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril a.s pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril a.s mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN

Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukkan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. Semoga kita akan terus beriman kepada Allah S.W.T.. ingat la semua.. hanya SEBESAR ZARAH SAHAJA.