air terjun niagara (Niagara Falls)

sebut saja nama nya.. sudah pasti ramai yang pernah dengar.. itu lah antara kehebatan Air Terjun Niagara yang terletak di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan negeri New York, Amerika Syarikat... ia merupakan diantara air terjun y tertinggi dan terluas didunia.. tapi pernah x kita terfikir air terjun ini akan kering ataupn beku?? jawapannya adalah "ya".. semua kejadian ini pernah berlaku..


pada tahun 1911, akibat daripada suhu dunia berubah menjadi terlalu sejuk pada ketika itu.. air terjun ini pernah diliputi ais dan salji. memberi makna lain, ia nya telah beku.. tetapi tidak keseluruhan air terjun ini beku.. hanya dilapisan atas sahaja.. lebih kurang 6 kaki kedalam dasar, air dibahagian bawah air terjun ini masih mengalir seperti biasa..


satu lagi kehebatan yang cuba ditunjukkan.. dalam tahun 1969, pihak Amerika Syarikat telah "mengeringkan" air terjun ini bagi tujuan pembersihan dan memeriksa struktur nya.. agak pelik bila kita dengar.. tp itulah kebenarannya.. pada masa ia dikeringkan sekitar 6 bulan lamanya, para pelancong boleh masuk dan melihat sendiri apa yang terdapat didasar air terjun tersebut, y mana pada hari² biasa ia nya tidak dpt dilihat..

*klik gambar utk imej y lebih besar*

sebagai orang islam yang taat kepada PenciptaNya.. brader berpesan kepada kaum seagama dan untuk diri brader sendiri.. kita harus sedar, bahawa setiap kejadian didunia ini adalah kehendak dan perintah drpd Allah S.W.T.. jgn la kita leka dan alpa disetiap kejadian yang berlaku.. byk kn la beriman kepadaNya..

segala maklumat yang diperolehi adalah dtg drpd pelbagai sumber, sekiranya terdapat kesalahan terhadap maklumat yang diberikan.. mohon diperbetulkan..