kali ni aku tertarik utk menulis artikel tentang insan yg murah rezekinya dan namanya meniti dibibir setiap peminat bola sepak di Malaysia ini.. aku bukan la seorang yg fanatik sgt tentang bola ni, tp aku amat tertarik dgn insan yg bernama Mohd Safee Bin Mohd Sali atau nama glemer nya Safee Sali.. siapa sebenarnya mamat ni, beliau merupakan penyerang bagi pasukan bola sepak Malaysia.. lahir pada tanggal 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor.. pada mula nya aku x kenal siapa mamat ni, maklum la, aku bukan peminta tegar bola sepak, x kira la tanahair atau pn antarabangsa.. tetapi sejak Malaysia berjaya memenangi pingat emas di sukan sea Laos 2009 dan juga dituruti dgn kejayaan merangkul piala AFF Suzuki 2010, aku mula mencuba mengenali beberapa org pemain kebangsaan untuk dilihat prestasi nya.. salah seorang nya dh tentu la Safee Sali..
no. 10.. jersi tahun 2012 pada awal kerjaya sebagai pemain bola sepak, nama Safee Sali tidak la gah berbanding nama² pemain yg sedia ada.. tetapi ia nya berubah tatkala membantu Malaysia memenangi piala AFF Suzuki 2010.. dari situ, seakan rating bagi dirinya melonjak naik, beliau menjadi fenomena bagi bola sepak tanahair.. kemunculan beliau disamakan dengan lagenda bola sepak Malaysia iaitu Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari.. pada masa sukan seperti badminton dan skuasy yg membawa nama seperti Dato' Lee Chong Wei dan Dato' Nocal Ann David menjadi pemain nombor 1 dunia, suka bola sepak juga mula meniti ke laluan yg tepat..
berbalik kepada Safee Sali, beliau pernah beraksi dalam pasukan seperti Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA, Selangor FA dan yg terkini Pelita Jaya FC yg berpengkalan di Indonesia. selagi ada daya dan usaha, kita pasti akan mencapai apa yg diimpikan.. selepas berjaya memenangi Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali dan beberapa org lagi pemain kebangsaan telah dilamar oleh beberapa kelab dari Indonesia.. tetapi hanya Safee Sali sorang saja yg nekad pergi berhijrah ke sana.. pelbagai spekulasi yg keluar semasa beliau menyatakan hasrat utk bermain di Indonesia.. tetapi itu sumer x mematahkan semangat beliau utk beraksi di Indonesia.. akhir nya pada tanggal 5 februari 2011, secara rasminya Safee Sali telah berpindah ke Liga Super Indonesia mewakili kelab Pelita Jaya FC.. dgn yuran perpindahan sebanyak USD30,000 dan gajinya sebanyak USD10,000 atau RM 30,360 sebulan. Safee Sali menandatangani kontrak 1 tahun dengan Pelita Jaya FC... Ini menjadikan beliau seorang pemain bola sepak Malaysia pertama yang beraksi di Liga Super Indonesia...
skuad pelita jaya 2011.. masa ni no jersi 55 beliau juga pernah menasihati beberapa pemain Malaysia yg berpotensi utk bermain di liga Indonesia, tapi tidak seorang pn yg berani mengatur langkah mengikut jejak nya.. tatkala kontrak bersama Pelita Jaya FC hampir tamat dan spekulasi FIFA akan mengharamkan liga bola sepak Indonesia, Safee Sali telah mengejutkan rakyat Malaysia apabila beliau menandatangani kontrak 2 tahun bersama Pelita Jaya FC dgn nilai lebih dari RM2 juta iaitu gaji bulanan hampir RM120 ribu.. siap dpt bonus lagi seperti rumah, dan kereta siap dgn pemandu peribadi lagi.. itu tidak termasuk perjalanan ulang alik balik ke Malaysia juga ditanggung oleh kelab.. yg best nya lagi, cukai Safee Sali juga kelab yg tolong bayarkn.. murah betul rezeki Safee Sali ni.. ini mejadikan Safee Sali merupakan jutawan pertama bola sepak Malaysia..
(klau x silap aku la).. nampaknya ramai la pemain² Malaysia yg menyindir pemergian Safee Sali ke Indonesia berputih mata.. yg best nya lagi, sekiranya FIFA mengharamkan liga bola sepak Indonesia, Safee Sali boleh dipinjamkan atau berpindah ke kelab yg dimiliki oleh pemilik kelab Pelita Jaya FC seperti Australia's Brisbane Roar FC yg akan bermain di 2012 AFC Champion's League, CS Vise yg berada di Belgian second division dan SAD Uruguay...
akhirnya Malaysia mendapat satu lagi nama bakal lagenda bola sepak tanah air.. kepada Safee Sali aku doakan semoga terus berjaya dalam bidang yg diceburi dan menjadi contoh kepada kepada pemain² muda dan bakal pemain² Malaysia.. biarpun ada yg mengatakan Safee Sali tidak dapat bermain utk pasukan kebangsaan kerana pengharaman FIFA ke atas liga bola sepak Indonesia, pada aku peduli apa sumer tu.. janji rezeki ko sentiasa murah.. dan ko adalah jutawan skang ni.. yg penting usaha dan kejayaan adalah milik kita sendiri..