Tips Merawat Kanak-Kanak Autisme Mengikut Cara Islam



Tidak perlu untuk kita melihat kearah orang lain, tidak perlu kita menilai pengalaman orang lain. Sebagai seorang bapa, admin mengalami sendiri situasi mendidik dan membesarkan seorang anak yang menghidapi AUTISM walaupun sedikit. Hati kadang-kadang, merasa putus asa, sedih, malu.. bukan kerana sikap anak itu, tetapi kerana masih belum berjaya mendidik anak istimewa ini dengan sebaik mungkin. Bila anak ini memberontak, dipukul akibat hati bapa yang terlalu geram, tetapi akhirnya merasa sedih apabila memikirkan tindakan itu. Admin kini belajar untuk lebih sabar dan cuba terima ujian Allah SWT ini. Setiap kali berdoa, ayat ini akan sentiasa admin baca bagi menenangkan hati dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini...

"Ya Allah Aku redha Allah sebagai Tuhanku
Aku redha Nabi Muhamad sebagai Rasulku
Aku redha Islam sebagai agamaku
Dan aku redha atas setiap takdir yang Engkau tentukan buatku...."

UBAT PENAWAR AUTISM (klik sini)


Cukup serba sedikit cerita tentang admin. Mari kita lihat secara ringkas apa yang dikatakan Autisme.Ibubapa tidak perlu merasa gusar apabila dianugerahkan anak-anak Autisme.Sejarah telah membuktikan bahawa kanak-kanak Autisme mampu dirawat dan ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein dan Bill Gates yang menghidap sindrom Asperger sejenis autisme.

Autism ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.

Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya.

Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.

Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu mengulangi perkataan orang lain.

Contohnya kalau ditanya :

‘Haziq sudah makan?’. 
Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata :

‘Haziq nak makan?’. 
Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.


Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.

Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.

Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar ‘maintenance of sameness’ iaitu pengekalan kesamaan.

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.

Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

UBAT PENAWAR AUTISM (klik sini)

Tips Mengatasi Masalah Sosial Anak Autisme Disekolah.

1. Panggil rakan-rakan datang ke rumah untuk membolehkan kanak-kanak rasa ia diterima dan lebih yakin dan mengelak dari menjadi mangsa buli.

2. Tentukan jenis permainan agar kanak-kanak ini tidak perlu menunggu giliran dan lebih banyak bersabar.

3. Memberi penerangan mengenai setiap peraturan permainan atau pun aktiviti-aktiviti tertentu supaya kanak-kanak tersebut dapat memahami dengan jelas. Perlu beri ulangan jika perlu.

4. Galakkan anak anak menjadi peramah dan jangan kritik keterlaluan sekiranya ianya melakukan kesalahan atau kesilapan yang tidak sepatutnya

5. Jadi “role model” kepada anak anak tersebut yang kita mempunyai sikap positif dan peramah


6. Belajar perkataan-perkataan yang tidak boleh dicakap dihadapan kanak kanak autisme kerana mereka mudah meniru

7. Jalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah untuk mengetahui tahap pembelajaran dan pergaulannya Kerana, kanak-kanak autisme seringkali dibuli.

8. Tayangkan video-video berkaitan perkara-perkara positif agar kanak-kanak ini mudah meniru perkara-perkara positif berbanding negatif.

9. Libatkan kanak-kanak autisme dengan aktiviti sosial seperti drama, melukis dan lain-lain agar perkembangan sosial nya berterusan di luar sekolah

10. Kanak-kanak autisme cepat lupa dan sukar untuk mengingat. Ibubapa hendaklah menyediakan Buku Komunikasi atau Diari agar kanak-kanak ini menbulis setiap aktiviti dan perkara-perkara penting yang perlu diingat sepanjang masa.


Tips Kaedah Rawatan Islam Pahang

Kaedah ini diambil dari blog 'Rawatan Islam Pahang'. Agak mudah untuk diamalkan ya. Selamat mencuba dan beramal....

Caranya adalah dengan menyediakan

1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10 liter dan
minyak habbatussawda.

Bacakan pada air itu :

1) Surah Al-fatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali,

2) Ayat kursi

3) Bacakan 3 Qul setiap satunya 7x.

4) Tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari Allah..

5)Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll.

Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan dan kakinya sebelum tidur setiap hari sambil bacakan fatihah 7x.

Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan kesembuhan.

UBAT PENAWAR AUTISM (klik sini)

Tips Kaedah Rawatan Islam Al Hidayah (Ustaz Lokman Sg. Pusu)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pula , keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37

2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99

3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58

4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55

5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78

Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar 3 x pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr 3 x waktu siang.

Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca 2 surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.

Ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak masing-masing.

Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.

Hasil pengalaman mereka merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.

Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.

Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.

Kredit : ainacloset2u




Incoming Search Items:

membentuk anak kreatif
ciri-ciri anak kreatif
anak cerdas perlu sokongan untuk menjadi kreatif
nak ubat rajin x?
ubat malas
cara mengubati penyakit malas
Tips merawat kanak-kanak autisme cara islam
autima, adakah anak saya boleh normal
penawar autisme
penawar anak autisme
penawar penyakit autoimun
merawat autisme cara islam
merawat autisme
cara merawat autisme
merawat anak autisme
ubat autisme
ubat austisma
ubat penyakit autisme
obat untuk autisme
teknik mendidik anak autisme
cara mendidik anak autisme
cara mendidik anak autisme di rumah
tips mendidik anak soleh
tips mendidik anak yang degil
tips mendidik anak dalam islam

Aina's Closet: Tips Merawat Kanak-Kanak Autisme Cara Islam
ainacloset2u.blogspot.com/.../tips-merawat-kanak-kan...
Translate this page
Nov 30, 2013 - Walaupun anaknya autisme tetapi beliau sangat bijak terutama di .... Rawatannye ialah mak sy memberikan ubat heomopathy utk sy stiap ...

Rawatan Dan Penyembuhan Diri: autisme
rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/.../autisme...
Translate this page
Mar 24, 2011 - Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 ...

Austisma: Adakah Anak Saya Boleh Normal?
www.myhealth.gov.my/.../austisma-adakah-anak-saya...
Translate this page
May 26, 2014 - Lewat Berjalan · Autism · Disleksia ..... Antibiotik Dikalangan Kanak-Kanak · Penggunaan Ubat-Ubatan yang Selamat Dikalangan Kanak-Kanak ...

Testimoni pengguna product Shaklee untuk anak-anak ...
umidanishku.blogspot.com/.../testimoni-pengguna-pro...
Translate this page
Dec 11, 2013 - Kanak2 lelaki ini menunjukkan simtom autisme setelah mendapat ... Doktor telah menghentikan preskripsi ubat laksatif dan ADHD untuknya.

Autisme - Laman Web Rasmi Hospital Port Dickson
hpd.moh.gov.my/v1/modules/news/article.php?...55
Translate this page
May 15, 2012 - Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan ...

Teknik Mendidik Anak Autisme | Excel Qhalif Playgroup ...
www.excelqhalif.com/.../teknik-mendidik-anak-autism...
Translate this page
Anak Autisme Melatih Kita Menjadi Lebih Kreatif. Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan ...

Cara mendidik anak autisme - Pendidikan Khas (Blog ...
ceritarasahati2.blogspot.com/.../cara-mendidik-anak-a...
Translate this page
Apr 19, 2010 - Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa ...

Cara mendidik anak autisme - SlideShare
www.slideshare.net/.../cara-mendidik-anak-autisme
Translate this page
Jan 17, 2011 - Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak ...... Tips mendidik anak autismaGambar adalah bahasa saya.