hari ni brader nak citer apa y brader dpt dr citer kawan brader.. mmm.. cam pening je ayat tu.. hehehe.. mgkn ramai drpd kita tahu apa itu walimatul urus... satu saat y ditggu² oleh sekelian kita.. pelbagai cara y kita sambut.. ada y meriah, dan ada y sederhana.. apa y nak diciterkan disini.. cara bagaimana ianya disambut..dan apa pengertiannya.. brader pn bukan la arif sgt tentang hal ni.. sekadar bercerita berdasarkan pengalaman... brader hanya amik contoh 2 buah negeri je.. iaitu johor, tempat kelahiran brader dan kelantan, kampung isteri brader..
di johor, mungkin ramai y dah tahu, dimana setiap majlis walimatul urus diadakan.. sudah pasti ada y meriah ada y tidak.. apa y unik nya di johor, terdapat 1 amalan org melayu disana y dinama kan 'TOL'.. ha.. ingat kan highway je ada tol.. tol ni sebenarnya hanya utk memeriahkan majlis sahaja.. tetapi harus di ingat, tol ni hanya akan ada di rumah pengantin perempuan saje.. di mana, sebelum pengantin lelaki dan berjumpa pengantin perempuan.. mmm.. senang citer.. sebelum naik pelamin la... akan ada beberapa halangan dr saudara mara sebelah perempuan...
ada y berdiri dipintu pagar, ada y berdiri di pintu masuk dan tidak terkecuali mak andam y ada di pelamin.. apa y di maksudkan dengan tol ni.. pihak pengantin lelaki, terpaksa la "membayar" tol² ini terlebih dahulu sebelum dpt berjumpa pengantin perempuan.. ala bukan byk pn.. bg je sorang RM1.. tp kat mak andam tu lebih la ckit.. saje utk suka².. anggap la sebagai sedekah.. y best nya.. penjaga tol ni x tetap.. bergantung kepada kapasiti keluarga sebelah perempuan.. klau ramai.. padan muka la pengantin lelaki tu.. klau ckit.. nasib baik la dia.. tp amalan ini bukan la 1 kewajipan.. hanya utk memeriahkan majlis.. bergantung kepada persetujuan dorang.. tp kebanyakan majlis perkahwinan di johor, pasti ada.. biasala.. bukan selalu kan naik pelamin... opsss... cam lain je ayat tu.. hehehehe.. dn utk tetamu plak.. jgn lupa salam 'kaut'.. hehehe
lain pula cerita nya di kelantan, apa y brader tahu dr isteri dan rakan² brader y berasal dr negeri cik siti wan kembang ni.. agak unik sedikit majlis perkahwinan mereka.. y pertama, dr segi hantaran.. seperti apa y dimaklum kan.. negeri ini tidak mengamalkan wang hantaran.. seperti dijohor dan beberapa negeri lain.. mereka hanya menerima mas kahwin saje.. masa mula² nak kahwin dulu.. brader terkejut juga.. tp bila dah paham.. ok jek.. tp y klaka nya, bila brader beritahu kat ahli keluarga brader tentang x perlu bagi wang hantaran.. mak brader terkejut.. dia siap ckp.. "awk biar betul bang, takkan nak amik anak org free jek"... hahaha.. mgkn perkara sebegini pernah berlaku dikalangan kita.. biasala, adat lain².. masuk kandang lembu.. "mengemboooo".. masuk kandang kambing.. "mengembikkk"..
y keduanya.. berkaitan dgn majlis kenduri nya.. isteri brader ada cerita.. majlis perkahwinan di kelantan ada 2 jenis.. iaitu "Majlis Kesyukuran" dan "Walimatulurus".. setiap majlis ni berbeza ckit cara nya.. utk majlis kesyukuran.. sama mcm majlis² perkahwinan y lain.. ada pelamin.. ada khemah.. meriah juga la.. tetamu dtg seperti biasa.. bg hadiah.. dan mcm² lg la...
berbeza plak, dgn Walimatulurus.. persediaan perkahwinan seperti biasa.. cuma y lain nya.. tetamu hendaklah memberi sumbangan ketika hadir di majlis tersebut.. kira mcm paksa rela la nie.. pada mula nya.. brader agak terkejut juga.. tp bila diselidik.. mmg ada majlis tersebut.. sb brader pernah kena.. mgkn amalan seperti ini utk membantu tuan rumah.. maklum la.. dh la wang hantaran xde.. y ada hanya mas kahwin.. nak plak blanje kahwin skang ni mahal.. kita pikir y positif jek..
setiap negeri berlainan caranya.. apa y penting kita memahami cara mereka.. dan menghormatinya.. org melayu adat mmg byk dan berlainan.. tetapi y penting agama.. apa y disuruh dan apa y ditegah.. perkahwinan adalah wajib bg mengelakkan zina berlaku.. selain menambahkan zuriat dgn cara y suci seperti y diperintahkan di dalam Al-Quran..
artikel ini adalah pandangan peribadi dan pengalaman brader saje.. mgkn ada y kurang tepat.. x sumer kita melalui perkara y sama.. sekiranya ada kesalahan.. brader pohon kemaafan dan harap diperbetulkan.. semoga kita mendapat sedikit ilmu drpd pengalaman ini..
renungkan lah : Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)