Niat Puasa Ramadhan, Doa Sebelum & Selepas Buka Puasa




Assalamualaikum..

pejam celik..pejam celik.. dah hampir setahun kita tinggalkan ramadhan yg lepas.. x lama lagi kita akan menyambut ramadhan lagi.. alhamdulillah.. jika dipanjangkan usia.. kita bersama² akan menyambut ramadhan lagi pada mggu depan.. dikesempatan ini.. aku nak kongsikan bersama² korang niat puasa dibulan ramadhan dan doa² sebelum dan selepas berbuka puasa..

----------------------------------------------------------------

1) Niat Puasa Ramadhan

1.1) Lafaz niat untuk sebulan berpuasa

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala



1.2) Lafaz niat puasa untuk harian

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari sehari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kera Allah Ta'ala



2) Doa Ketika Hendak Berbuka Puasa


Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



3) Doa Selepas Berbuka Puasa


Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

----------------------------------------------------------------

diharapkankorang semua akan mendapat manfaat drpd post aku kali ni.. ha lagi 1.. kalau ada kesempatan.. marilah kita bersama² menunaikan solat tarawih.. walaupn ianya sunat.. tetapi pahala nya amat lah besar..

akhir kata dr aku.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa... Amin..

harimau yang terluka

kekalahan amat la menyakitkan.. tp kita terpaksa juga menerimanya.. harimau yg baru hendak mula melangkah dgn gagah.. akhirnya terluka jua.. sebagai seorang muslim yg taat akan perintah tuhan nya.. ini boleh dikatakan bukan rezeki kita.. tidak ada bayi yg baru lahir akan terus berjalan.. perlahan² akan mengikut turutan lumrah manusia sebelum dia dpt berjalan dgn sempurna.. walaupn sudah pandai berjalan.. sesekali akan jatuh jua..

begitu juga dengan pasukan kebanggaan negara kita Malaysia yg diberi jolokan HARIMAU MALAYA.. byk lagi jatuh bangun.. perit maung yg perlu dihadapi utk sebaris dgn pasukan² ternama dunia.. boleh dikatakan kita masih JUARA ASIA TENGGARA kerana kita menggunakan kekuatan asli rakyat negara kita.. tetapi dgn sebilangan kecil pemain import Singapura.. kita masih tidak dpt menanganinya dgn baik dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.. bagaimana pula dgn cabaran di PIALA DUNIA??

masih byk yg perlu kita pelajari... dgn azam yg kuat serta keyakinan yg tinggi.. aku masih akan tetap menyokong Harimau Malaya.. sb aku rasa, pasukan negara kita telah sedikit agak maju. beberapa pemain yg telah mula mencipta nama diharapkan jgn trus alpa dan selesa.. seniority tidak akan memberi apa² makna sekiranya permainan tak seberapa..

jgn la kita caci maki mereka kerana kekalahan ini.. kerana mereka juga harus belajar erti kekalahan.. tetapi jgn terus kalah.. jadikn kekalahan sebagai jambatan utk kita mencari kemenangan.. lumrah alam.. tidak akan ada seseorang yg sentiasa akan duduk diatas.. sesekali akan berada dibawah juga.. pengajaran yg berguna sebelum dia kembali berdiri diatas semula..

marilah sama² kita menyokong mereka agar harimau yg luka akan sembuh kembali agar dapat membaham mangsa nya.. mereka insan biasa yg perlukan sokongan dan dorongan.. jgn la dicemuh tp puji la mereka.. kerana semangat mereka.. Harimau Malaya tetap digeruni..

mgkn agak kelakar posting aku kali ni.. sb aku ni bukannya peminat setia bola sepak.. tetapi kerana negara sedang menghadapi aura bola sepak yg amat memuncak.. aku terasa sama akan bahang nya.. biar la apa yg berlaku.. biarla apa org nak kata.. MALAYSIA TETAP TANAH TUMPAH DARAHKU!!! AAAUUUMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!


cerdiknya dia

kalau la aku ni pn pandai melukis.. alangkah best nya..


enable right klik pada blog disable right klik

Hai sumer...

arini aku nak bg ckit ilmu pada korang.. tgk tajuk nya mgkn korang dah paham.. mgkn korang penah alami situasi dimana korang xleh nak right klik pada sesetengah blog kan.. kat cni aku nak ajar ckit cara² bagaimana korang boleh right klik pada blog yg mana telah disable right klik.. selamat mencuba...

Kalau Guna Internet Explorer Browser

  1. Pergi kat Tools>Internet Options>Security

  2. Pastu klik kat Custom Level

  3. Cari Scripting seksyen dekat kwasan bawah sekali..

  4. Pastu disable Active Scripting.Ini akan disable kan JavaScript ngan vbscript dalam browser nie.

  5. Tekan OK.

  6. Restart balik Internet Explorer


Kalau Guna Mozilla Firefox Browser


  1. Pergi kat Tools>Options>Content

  2. Uncheck dalam kotak yg Enable JavaScript

  3. Tekan Ok

  4. Pastu boleh la test buka website yg block right click tu..


Kalau Guna Google Chrome Browser

  1. Klik pada Wrench Icon (gambar spanar) kat atas sekali sebelah kanan.

  2. Tekan Options

  3. Pastu pergi kat Under the Hood punya seksyen..

  4. Tekan Content Setings pastu tekan la yg dia tulis "do not allow............" kat seksyen JavaScript

  5. Pastu buka la website yg block right click tu.
Lepas selesai je korang copy artikel atau apa saje yg korang nak dr blog tersebut.. ikut balik langkah² diatas dan undo balik apa yg korang dh buat td.. klau x, mgkn ada sesetengah website atau blog dimana content nya tidak dapat dibuka..

sekian untuk arini

Rasulullah S.A.W amat menyayangi kucing

entri yg aku nak papar kan kali nie bukanlah original dr kajian aku.. tp aku cari di internet.. dan aku rasakan ianya amat berguna untuk kita... dan aku kongsikan diblog aku ni.. kredit kepada keretaburuk12.blogspot.com ... jom kita layan entri ini..

Setiap kali Rasulullah S.A.W menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong Mueeza (nama kucingnya) dan diletakkn dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah S.A.W suka ialah Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya mengikut lantunan suara azan.

Rasulullah S.A.W berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan sama seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah juga Rasulullah S.A.W mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur diatasnya. Rasulullah S.A.W pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.

Selepas Rasulullah S.A.W pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada tuannya. Sebagai balasan, Rasulullah S.A.W menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Rasulullah S.A.W menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saw mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing diliputi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Keputusan yang diperolehi adalah:

1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan bakteria, meskipun dilakukan berulang kali.


2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.


3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.


4. Sekalinya pun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.

Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen Para Doktor dalam bidang berkaitan:

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1 / 4 anjing, kucing 1 / 2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa'id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme. Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti contoh pada genangan air (lumpur, takungan hujan, dll).

Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.
Dan hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah di lakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka'b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Lihatlah." Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Ia menjawab, "Ya." Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW prnh bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bekas air."

Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah S.A.W menuju bekas air tersebut. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bekas air itu. Melihat itu, container berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Rasulullah S.A.W ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Daud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang sembahyang. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Malangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.

Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berjalan ke sana." Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, badan kucing, peluh, sisa makanan dan bekas makanannya adalah suci.