kekalahan amat la menyakitkan.. tp kita terpaksa juga menerimanya.. harimau yg baru hendak mula melangkah dgn gagah.. akhirnya terluka jua.. sebagai seorang muslim yg taat akan perintah tuhan nya.. ini boleh dikatakan bukan rezeki kita.. tidak ada bayi yg baru lahir akan terus berjalan.. perlahan² akan mengikut turutan lumrah manusia sebelum dia dpt berjalan dgn sempurna.. walaupn sudah pandai berjalan.. sesekali akan jatuh jua..
begitu juga dengan pasukan kebanggaan negara kita Malaysia yg diberi jolokan HARIMAU MALAYA.. byk lagi jatuh bangun.. perit maung yg perlu dihadapi utk sebaris dgn pasukan² ternama dunia.. boleh dikatakan kita masih JUARA ASIA TENGGARA kerana kita menggunakan kekuatan asli rakyat negara kita.. tetapi dgn sebilangan kecil pemain import Singapura.. kita masih tidak dpt menanganinya dgn baik dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.. bagaimana pula dgn cabaran di PIALA DUNIA??
masih byk yg perlu kita pelajari... dgn azam yg kuat serta keyakinan yg tinggi.. aku masih akan tetap menyokong Harimau Malaya.. sb aku rasa, pasukan negara kita telah sedikit agak maju. beberapa pemain yg telah mula mencipta nama diharapkan jgn trus alpa dan selesa.. seniority tidak akan memberi apa² makna sekiranya permainan tak seberapa..
jgn la kita caci maki mereka kerana kekalahan ini.. kerana mereka juga harus belajar erti kekalahan.. tetapi jgn terus kalah.. jadikn kekalahan sebagai jambatan utk kita mencari kemenangan.. lumrah alam.. tidak akan ada seseorang yg sentiasa akan duduk diatas.. sesekali akan berada dibawah juga.. pengajaran yg berguna sebelum dia kembali berdiri diatas semula..
marilah sama² kita menyokong mereka agar harimau yg luka akan sembuh kembali agar dapat membaham mangsa nya.. mereka insan biasa yg perlukan sokongan dan dorongan.. jgn la dicemuh tp puji la mereka.. kerana semangat mereka.. Harimau Malaya tetap digeruni..
mgkn agak kelakar posting aku kali ni.. sb aku ni bukannya peminat setia bola sepak.. tetapi kerana negara sedang menghadapi aura bola sepak yg amat memuncak.. aku terasa sama akan bahang nya.. biar la apa yg berlaku.. biarla apa org nak kata.. MALAYSIA TETAP TANAH TUMPAH DARAHKU!!! AAAUUUMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!