sebelum aku nak mula kan bicara.. aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yg bakal menjelang.. dan x lupa juga selamat menyambut hari kebangsaan... aku mcm biasa la.. bulan pose mcm ni, aktiviti kurang ckit.. nak update blog ni pn malas..
ok kita citer hal yg berkaitan ngan tajuk.. kang aku melalut lelebih, korang lak yg bosan.. hahaha.. citer ni xde gempak mana pn.. cuma ramadhan kali ni aku rasa mcm lain ckit.. rasa mcm x sabar dlm diri nak menunggu hari nya.. ha korang nak tau ke.. ok aku citer ckit.. wife aku skang tgh mengandung anak sulung kami.. insyaallah kalau ada rezeki, raya ni aku akan menimang cahaya mata..
yg menarik nya disini, dlm 2 3 hari lepas, aku menerima bungkusan daripada adik aku yg sedang belajar di Jerman yg dialamatkan ke opis wife aku.. (pergh.. semput baca senafas).. masa baru sampai tu, mak ai.. dh lunyai dah sampul nya.. nasib baik la barang dlm tu x ilang.. dan bila di buka.. jeng..jeng..jeng...
ha.. betul la tu, 2 helai baju baby.. jenama MANCHESTER UNITED.. lawa siut.. mgkn ini adalah hadiah yg amat bermakna buat aku ngan wife.. al maklum je la kan.. barang dr jauh tu.. dan yg paling penting.. ianya ORIGINAL dari Old Trafford.. bukan apa.. selalu nya kat cni kita hanya mampu beli barang² camni kat uptown je.. nak beli yg original, giler mahal.. so.. aku amat beruntung kerana dapat hadiah ni.. terima kasih aku ucapkan buat adik aku.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki..
yg klaka nya.. adik aku yg sorang lagi ni.. (blaja U kat utara malaysia).. berbulu je tgk baju ni.. merah menyala dengan logo yg gempak.. hahahaha.. maklum la, dia tu penyokong The Blues.. layan blues je la... hahaha
dan yg paling memeranjatkan.. baju ni kat sana murah jek.. bila masuk malaysia.. dia punya harga melambung tggi.. x caya korang leh tgk gambar kat bawah ni.. tp mgkn betul la, kos sara hidup dan nilai mata wang yg membuat kan nilai sesuatu barang tu berubah²..
walau mcm mana pn, aku tetap bersyukur kerana diberi kesempatan dan rezeki sebegini.. kita manusia rezeki nya berbeza.. ada yg bersusah dulu, senang kemudian.. dan ada juga yg sebaliknya.. apa yg penting, kita harus berusaha dan sentiasa berdoa kepadaNYA utk memohon keberkatan dan dimurahkan rezeki.. mgkn setiap kesusahan yg kita hadapi adalah satu ujian dari Illahi.. Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya itu tidak boleh menghadapai ujian tersebut..
dh la.. aku malas nak citer pepanjang lagi.. dh xde idea.. nanti klau aku rajin.. aku post artikel ucapan hari raya plak yer.. hehehe.. babaiiii...