Salam Ramadhan 2016 - 1437 H


Assalamualaikum buat semua umat islam.

Sedar tak sedar dah masuk hari kesebelas kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni. Mungkin belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam. Semoga ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kita semua.

Ramadhan kali ini aku diuji sedikit oleh Allah S.W.T. Mungkin tak berapa berat tapi mungkin ada hikmah nya.. Anak sulung aku yang yang menghidap sindrom AUTISM dikeluarkan dari sekolah tadika. Kerana cikgu tidak mampu lagi nak mengajar dan mendidik nya. Kebimbangan aku selama ini akhirnya terjadi juga. Tapi aku redha dengan apa yang terjadi, aku tidak salah kan sesiapa sebab ini adalah suratan hidup yang telah tertulis untuk anak aku,. Tapi takpe, aku akan berusaha selagi terdaya supaya anak aku boleh berdikari dan menjalani hidup seperti kanak-kanak normal yang lain.

Peminat tegar Upin Ipin ini akhirnya perlu melangkah keluar dari sekolah yang telah memberi sedikit sebanyak jasa dan ilmu buat dirinya. Ingat satu perkara, ayah mana yang nak tengok anaknya kecundang ditengah jalan. Semoga aku kuat.. Insha Allah..

Salam Ramadhan.

Bendera-bendera Kerabat DiRaja, Kerajaan dan Daerah Johor

Institusi DiRaja Johor dan Kerajaan Negeri Johor mempunyai identiti nya tersendiri. Pembangunan di Johor boleh dilihat semakin maju dari segi ekonomi dan infrastruktur. Dengan kewujudan JOHOR MILITARY FORCE atau ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR, ianya menambahkan lagi keunikan Negeri Johor. Sebut sahaja JDT, pasti ramai yang kenal sama ada dalam negara atau luar negara. JDTFC merupakan satu-satunya pasukan bola sepak dari Asia Tenggara setakat ini yang berjaya merangkul kejuaraan PIALA AFC 2015. Ok, setakat ini je cerita pasal JDTFC, Nanti buka post baru pasal JDTFC.

Untuk posting kali ni, aku nak perkenalkan satu lagi keunikan Negeri Johor yang pasti nya menarik iaitu Panji-Panji Sultan Johor, Sultanah dan Waris-Waris, Bendera Negeri dan Bendera Kerajaan Johor Dan Bendera-Bendera Daerah Negeri Johor.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Panji-Panji Sultan Johor, Sultanah dan Waris-Waris

Bendera Johor kesemuanya  berjumlah 24 dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama merupakan kumpulan bendera berkenaan dengan raja. Bendera dalam kumpulan ini terdiri daripada sebelas bendera seperti di bawah: