Keretapi Troli Manila Untuk Mereka Yang Berani Mati

Di Malaysia kita sering merungut berkenaan perkhidmatan pengangkutan awam. Pelbagai usaha yang kerajaan Malaysia telah lakukan bagi kemudahan rakyat. Seperti contoh, di Malaysia kita ada MRT, LRT, Monorail dan pelbagai lagi yang dibiaya penuh oleh kerajaan

Berbeza dengan diManila. Terdapat pengangkutan awam khas untuk mereka yang berani mati iaitu Keretapi Troli. Walaupun sedar akan bahayanya, rakyat Manila tetap menggunakan keratapi troli ini kerana tambangnya yang murah iaitu 10 Peso (~RM2). Keretapi troli ini hanya beroperasi pada waktu tertentu sahaja, kerana ia menggunakan rel keretapi hidup.

Walaupun ianya salah disisi undang-undang, pihak polis hanya pejamkan sebelah mata sahaja kerana mereka mencari rezeki yang halal dan tidak terlibat dengan jenayah selain daripada dapat menarik minat pelancong.

Bersyukurlah kita tinggal diMalaysia yang banyak disediakan segala kemudahan.

Autisme Dan Aku

Lebih kurang seminggu sekolah akan dibuka untuk sesi 2019. Mak ayah mesti tengah sibuk menyiapkan keperluan anak sekolah. Teringat kegembiraan yang aku sendiri alami tahun lepas apabila anak sulung aku berjaya melangkah kaki ke alam persekolahan. Kegembiraan aku & isteri tidak la sama seperti mak ayah lain. Dalam kegembiraan terpalit juga kerisauan. Bukan risau seperti mak ayah yang mempunyai anak yang normal, tetapi lebih lagi.

Putera yang dinanti telah lahir

Selama hampir 2 tahun menunggu kehadiran cahaya mata, akhirnya pada tanggal 25/08/2011 lahirlah seorang putera yang sangat2 dinantikan. Kelahiran putera yang membuatkan aku bersyukur kerana zuriat dan penyambung warisan aku hadir buat pertama kalinya. Dilahirkan comel & sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi siapa yang menyangka pada umurnya 2 tahun, aku & isteri telah sekali lagi diuji oleh Allah S.W.T. Kehidupan & kegembiraan aku & isteri terus berubah 360 darjah apabila putera kami di diagnosis ASD (Autisme Spectrum Disorder). Bohong kalau aku kata aku langsung tidak kecewa. Tetapi sampai bila harus aku kecewa? Bagaimana masa depan nya kalau aku tidak redha?

Tiada yang indah selain senyumannya
Perlahan-lahan aku & isteri cuba terima takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah akhirnya kami redha akan ketentuanNYA. Bermula dari detik itu, aku cuba mencari yang terbaik untuk putera kami supaya dia dapat berdikari dimasa hadapan. Tidak ada perkara yang susah sekiranya kita berusaha. Dari hospital kerajaan hingga ke pusat terapi swasta aku redah untuk masa depan putera aku. Alhamdulillah kerja aku sentiasa dipermudahkan oleh Allah S.W.T, perubahan demi perubahan yang positif dalam diri putera aku.
Amsyar Nur Haziq ke alam sekolah
Tahun depan, putera aku akan melangkah ke darjah 2 kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Walaupun sukatan pelajaran tidak sama seperti murid normal yang lain, tapi aku tetap berbangga sebab putera aku dapat sama-sama ke sekolah seperti orang lain. Sehingga ke hari ini, aku masih terus menghantar putera aku ke terapi demi masa depannya.

Cukup setakat ini, nanti aku sambung lagi.

10 Teknik Diet Air Putih Dengan Cara Yang Betul Untuk Turunkan Berat Bada



Ramai yang mendambakan berat badan yang ideal, baik yang muda ataupun yang telah berusia. Ini kerana bagi mereka, mempunyai berat badan yang ideal akan menaikkan lagi keyakinan diri. Bagi anda yang menurunkan berat badan, anda boleh memanfaatkan air.

Ternyata air boleh membantu mengawal nafsu makan dan meningkatkan metabolisme hingga membantu mengeluarkan kandungan air yang ada di dalam tubuh.Selama ini, pengambilan air yang dianjurkan ialah sebanyak 8 hingga 10 gelas setiap hari.
Dengan diet air putih, anda boleh melakukan diet dengan cara yang mudah. Tidak perlu susahsusah melakukan fitness atau menahan diri daripada makan. Dengan minum air putih sebanyak 3 liter setiap hari, anda boleh meningkatkan metabolisme di dalam tubuh.

Pembakaran kalori di dalam tubuh ketika senaman juga akan lebih maksimum. Supaya diet air putih terasa tidak membosankan, anda boleh menambahkan dengan beberapa bahan lain seperti madu, teh dan lain-lain. Tujuannya supaya air yang diminum tidak terasa hambar. Sebelum menjalankan diet air putih, sebaiknya perhatikan beberapa cara berikut ini.

1. Kurangkan minum minuman manis
Minuman manis mengandungi banyak bahan yang tidak baik bagi kesihatan, seperti pengawet dan pemanis buatan. Tentu saja kandungan seperti ini boleh membuat anda obesiti atau bahkan mudah diserang penyakit diabetes. Anda perlu memperbanyak minum air putih yang memiliki banyak khasiat.

2. Minum air putih lebih daripada 4 liter
Ketika anda berada dalam proses diet, maka sebaiknya anda minum air putih sekitar 4 liter sehari. Banyaknya air putih tentu akan membuat proses diet menjadi lebih cepat. Air putih boleh membantu melarutkan racun dan lemak yang telah ada di dalam tubuh melalui air kencing ketika dikeluarkan.