Keretapi Troli Manila Untuk Mereka Yang Berani Mati

Di Malaysia kita sering merungut berkenaan perkhidmatan pengangkutan awam. Pelbagai usaha yang kerajaan Malaysia telah lakukan bagi kemudahan rakyat. Seperti contoh, di Malaysia kita ada MRT, LRT, Monorail dan pelbagai lagi yang dibiaya penuh oleh kerajaan

Berbeza dengan diManila. Terdapat pengangkutan awam khas untuk mereka yang berani mati iaitu Keretapi Troli. Walaupun sedar akan bahayanya, rakyat Manila tetap menggunakan keratapi troli ini kerana tambangnya yang murah iaitu 10 Peso (~RM2). Keretapi troli ini hanya beroperasi pada waktu tertentu sahaja, kerana ia menggunakan rel keretapi hidup.

Walaupun ianya salah disisi undang-undang, pihak polis hanya pejamkan sebelah mata sahaja kerana mereka mencari rezeki yang halal dan tidak terlibat dengan jenayah selain daripada dapat menarik minat pelancong.

Bersyukurlah kita tinggal diMalaysia yang banyak disediakan segala kemudahan.