Pengenalan Produk Vital Force


> Ditubuhkan pada tahun 2007 oleh Prof.Ir.Dr.Zainal Aripin bin Zakariah.

> No.pendaftaran SSM: MA0114505-T.

> Antara aktiviti perniagaan syarikat adalah mengeluarkan dan memasarkan produk HOMOEPATHY.

> Beliau mempunyai kelulusan di dalam Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam bidang Total Technology- Electrical Engineering dari Bradford University, UK pada tahun 1986.

> Beliau telah menyandang jawatan profesor di UTM pada tahun 1990 dan semenjak itu beliau telah memegang jawatan profesor di 8 (lapan) buah universiti tempatan.

> Kini beliau adalah seorang profesor di UNISEL (universiti Selangor).

> Beliau mendapat Diploma di dalam bidang Homeopathy pada tahun 1979 dan meneruskan pengajian dalam bidang ini di peringkat Advanced Diploma di London pada tahun 1984. Beliau mula terlibat dalam Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia pada tahun 1978. Dari tarikh itu beliautelah memegang jawatan seperti Penolong Setiausaha Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM), Timbalan Presiden PPHM,Presiden PPHM, Presiden Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia MPHM.Kini beliau masih aktif dalam PPHM sebagai Penasihat.

> Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang homeopathy dan telah mempraktikkan ilmu perubatan homeopathy selama 32 tahun. Selain dari aktif di dalam persatuan, beliau juga telah membuka beberapa klinik homeopathy.

> Pada tahun 2002, beliau membuat kajian tentang kombinasi penawar homeopathy dan beliau telah berjaya menghasilkan formula beliau sendiri untuk mengeluarkan beberapa jenis produk kesihatan yang dirumuskan dari penawar homeopathy. Setelah lebih kurang 4 tahun beliau mencuba produk tersebut pada diri sendiri dan di kalangan rakan-rakan. Akhirnya di atas permintaan dan desakan ahli keluarga serta rakan-rakan, pada 2006 beliau dengan rasminya mula mengeluarkan produk yang pertama di bawah jenama Vital Force Enterprise. Sehingga September 2011 beliau telah memformulasikan sebanyak 20 jenis produk kesihatan yang meliputi kegunaan untuk kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak.

> Produk VF menggunakan remedi (penawar) homeopathy sebagai bahannya. Bahan-bahan ini telah sah digunakan di merata tempat di dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom,Jerman, Perancis, India, Pakistan, Australia, Malaysia, Singapura dan banyak lagi negara di timur tengah, Afrika dan Amerika Selatan.

> Cecair homeopathy yang digunakan adalah dalam kehalusan Nano dan telah diguna pakai dalam pasaran melebihi 200 tahun. Oleh yang demikian produk VF adalah bebas daripada "drug" dan bahan toksik merbahaya. Walaupun remedi homeopathy adalah daripada bahan semulajadi seperti tumbuhan, galian dan sebagainya tetapi ianya bebas daripada pati (essence/extract) bahan semulajadi yang boleh dikesan melalui peralatan biasa. Berdasarkan alasan inilah sistem perubatan homeopathy berbeza daripada sistem perubatan tradisional.