Apakah fungsi VF8 Liquid?
* Diformulasi untuk menangani masalah penyakit kencing manis (diabetic).
* Membantu menurun dan menstabilkan tahap kandungan gula yang tinggi di dalam badan.
Kelebihan VF 8 Liquid yang anda perlu tahu!!
Remedi-remedi yg ada dlm VF 8 Liquid bertindak dgn 3 cara dlm merawat penyakit kencing manis:
1. Remedi yang ada dalam VF 8 Liquid itu sendiri bertindak sebagai pengawal kepada peratusan gula dalam darah.
2. Remedi yang ada dalam VF 8 Liquid berfungsi mengaktifkan sel dan saraf dalam pankreas untuk mengeluarkan insulin secukupnya secara semulajadi.
3. Remedi yang ada dalam VF 8 Liquid bertindak dengan membersihkan saluran yang membawa insulin dari pankreas supaya insulin dapat mengalir dengan baik ke dalam saluran darah.
***Remedi : penawar, jamu, ubat, penawar, jawapan kepada masalah
Semua ini berlaku secara gradually. Jangan pula kita fikir VF 8 Liquid ni ubat ajaib..sekali guna..dah baik semua. Kesembuhan memakan masa..seperti mana penyakit kencing manis datang pada pesakit juga..memakan masa.
Tempoh keberkesanan:1 atau 2 bulan selepas memulakan VF 8 Liquid, bergantung pada kekuatan kuasa hayat seseorang itu. Sebotol VF 8 Liquid dapat digunakan selama 30 hari (iaitu dengan pengambilan sebanyak 2 kali sehari). VF 8 Liquid juga tidak menggunakan dadah dan juga tiada kesan sampingan.
Jangan risau, VF 8 Liquid juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
No. MAL : MAL12075055TC
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
- Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
- Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
- Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.
Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah, Gatal. Lain-lain gejala termasuk Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan, Rasa kebas.
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
*Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
* Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.
Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
> Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
> Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
> Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik) ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
* Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
* Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.
* Otak - Angin ahmar
* Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
* Jantung - Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi
Sumber : Jabatan Kesihatan Malaysia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
TESTIMONI DARI MEREKA YANG PERNAH MENGGUNAKANNYA
=========================================================
*VF 08 Liquid Adalah Produk Berasaskan Homeopathy Keluaran Syarikat 100% Bumiputra Muslim*
*100% daripada bahan semulajadi*
HARGA Termasuk Postage
RM67 (Semenanjung Malaysia)
RM70 (Sabah & Sarawak)
DAPATKAN PRODUK YANG ASLI SAHAJA!!!
☏ Call/SMS/Wassap ke 012-6489794 untuk tempahan dan pembelian
=========================================================