3 bulan dah..

assalamualaikum sumer..

lama betul aku x update blog nie, bukan apa.. bz ckit la.. maklum la dh ada cahaya mata ni, dh x ingat nak buat keje lain dh..

citer menarik aku mmg xde la.. mcm biasa.. rutin harian.. x cuti aku keje.. x keje aku cuti.. lebih² pn jaga anak.. bapak mithali la katakan.. hehehe.. cuma aku ckit sedih la kali ni sebab mak aku nak gi eropah.. nak melawat adik aku yg blaja kat germany.. bukan sedih sebab mak aku pegi, tp sedih sebab x dpt ikuttttt... arghhh tidakkkk.. bila la gamaknya aku leh gi sana...

pejam celik.. pejam celik.. dh 3 bulan umur anak aku rupanya.. makin terserlah kegebuan pipinya.. maklum la anak bapak.. hahahaha.. dh mula pandai mengajuk memek muka.. terkejut juga aku.. hehehe.. senyuman yg menampakkan sebaris gusi berkaler pink.. mungkin ini nikmat nya bila mempunyai anak..

aku bersyukur atas anugerah yg diberikan Allah S.W.T.. aku berdoa semoga aku dpt mendidik dia menjadi seorang insan yg berjaya didunia dan akhirat..

akhirnya dia melihat dunia

assalamualaikum..

rasa seperti bertahun aku x update blog nie.. pejam celik.. pejam celik.. kita sudah ada dipertengahan syawal.. tinggal beberapa hari saje lagi syawal akan pergi meninggalkan kita..

syawal tahun ni amat bermakna dlm hidup aku, dan penyebab utama aku x update blog ni setelah sekian lama adalah kerana syawal juga.. citer xde la gempak mana.. alhamdulillah, segala penantian aku dan isteri selama ini akhirnya membuahkan hasil.. pada 25 Ogos 2011, tepat jam 12.58 tghari, lahir la pelengkap hidup kami berdua, seorang insan yang bergelar anak yg juga merupakan amanah paling besar dari ALLAH S.W.T... seorang bayi lelaki yg sempurna sifatnya..

dalam kegembiraan, terbit juga rasa kasihan tatkala melihat isteri menahan sakit selepas melahirkan.. (untuk pengetahuan korang, isteri aku bersalin melalui proses pembedahan).. tidak terpikir dr otak ku, bahawa jasad nya perlu dibelah untuk mengeluarkan amanah ALLAH itu.. tp aku bersyukur kerana semuanya selamat.. barulah ku sedar kini, betapa besar pengorbanan seorang ibu dr sejak mula dia melahirkan kita sehingga kita dewasa.. sempena syawal yg mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada ibu diatas segala kesalahan yg telah aku lakukan..

aku berdoa semoga , anak yg baru lahir ini, akan menjadi seorang insan yg berjaya didunia dan juga di akhirat.. terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada keluarga mertua aku, yg tidak putus² memberi bantuan tatkala isteri ku melahirkan amanah terbesar dr ALLAH S.W.T ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

assalamualaikum...

apa khabar kawan² sekalian.. aku harap korang baik² la yer.. pejam celik..pejam celik.. lebih kurang seminggu kita akan menyambut Syawal utk tahun 2011 ni.. itu pn klau nmpk anak bulan la.. klau x nmpk jawab nya sambung puasa lagi la yer... hehehe.. lawak jek...

setiap tahun juga.. pasaraya² akan sesak dipenuhi umat manusia.. apa lagi shopping raya la.. aku ingat tahun ni malas la nak bersesak² dihujung² waktu utk shopping, so aku dh beli la baju raya awal².. tp akhirnya terkena juga.. sb menyampaikan hajat org minta tolong belikan kuih raya.. citer bab kuih raya ni, bukan setakat di KL, malahan dikampung² juga, org dh mula selesa membeli kuih raya drpd membuat nya.. termasuk la bonda ku dan bonda mertua ku.. almaklum la, anak² semua nya dh besar panjang, dh mula hidup sdr, xde saper yg nak tolong buat kan kuih, jd beli lg mudah...

dah la, aku malas nak citer panjang lagi.. diakhir ini, aku serta keluarga mengambil kesempatan sempena menyambut Syawal yg mulia ini, menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sama ada jelas atau pn tidak drp korang sumer wahai kawan² ku.. dan aku mengucapkan... SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. dan aku ingin menasihati korang sumer termasuk diriku ini, berhati²lah semasa memandu pulang ke kampung.. biarlah ketibaan kita disambut dengan tangisan kegembiraan dan bukannya tangisan kesedihan..

bungkusan dari seberang laut

sebelum aku nak mula kan bicara.. aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yg bakal menjelang.. dan x lupa juga selamat menyambut hari kebangsaan... aku mcm biasa la.. bulan pose mcm ni, aktiviti kurang ckit.. nak update blog ni pn malas..

ok kita citer hal yg berkaitan ngan tajuk.. kang aku melalut lelebih, korang lak yg bosan.. hahaha.. citer ni xde gempak mana pn.. cuma ramadhan kali ni aku rasa mcm lain ckit.. rasa mcm x sabar dlm diri nak menunggu hari nya.. ha korang nak tau ke.. ok aku citer ckit.. wife aku skang tgh mengandung anak sulung kami.. insyaallah kalau ada rezeki, raya ni aku akan menimang cahaya mata..

yg menarik nya disini, dlm 2 3 hari lepas, aku menerima bungkusan daripada adik aku yg sedang belajar di Jerman yg dialamatkan ke opis wife aku.. (pergh.. semput baca senafas).. masa baru sampai tu, mak ai.. dh lunyai dah sampul nya.. nasib baik la barang dlm tu x ilang.. dan bila di buka.. jeng..jeng..jeng...

ha.. betul la tu, 2 helai baju baby.. jenama MANCHESTER UNITED.. lawa siut.. mgkn ini adalah hadiah yg amat bermakna buat aku ngan wife.. al maklum je la kan.. barang dr jauh tu.. dan yg paling penting.. ianya ORIGINAL dari Old Trafford.. bukan apa.. selalu nya kat cni kita hanya mampu beli barang² camni kat uptown je.. nak beli yg original, giler mahal.. so.. aku amat beruntung kerana dapat hadiah ni.. terima kasih aku ucapkan buat adik aku.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki..

yg klaka nya.. adik aku yg sorang lagi ni.. (blaja U kat utara malaysia).. berbulu je tgk baju ni.. merah menyala dengan logo yg gempak.. hahahaha.. maklum la, dia tu penyokong The Blues.. layan blues je la... hahaha

(klik gambar untuk image yg lebih besar)

dan yg paling memeranjatkan.. baju ni kat sana murah jek.. bila masuk malaysia.. dia punya harga melambung tggi.. x caya korang leh tgk gambar kat bawah ni.. tp mgkn betul la, kos sara hidup dan nilai mata wang yg membuat kan nilai sesuatu barang tu berubah²..

walau mcm mana pn, aku tetap bersyukur kerana diberi kesempatan dan rezeki sebegini.. kita manusia rezeki nya berbeza.. ada yg bersusah dulu, senang kemudian.. dan ada juga yg sebaliknya.. apa yg penting, kita harus berusaha dan sentiasa berdoa kepadaNYA utk memohon keberkatan dan dimurahkan rezeki.. mgkn setiap kesusahan yg kita hadapi adalah satu ujian dari Illahi.. Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya itu tidak boleh menghadapai ujian tersebut..

(klik gambar untuk image yg lebih besar)

dh la.. aku malas nak citer pepanjang lagi.. dh xde idea.. nanti klau aku rajin.. aku post artikel ucapan hari raya plak yer.. hehehe.. babaiiii...

jam baru..

lebih 2 minggu dah aku idup tanpa jam tangan.. sejak aku accident aritu.. rasa cam lain jek.. nasib baik la supervisor aku ada jual jam tangan.. apa lagi.. rembat la sebijik.. murah jek.. nak beli yg mahal.. modal xde lagi.. so yg ini je la yg mampu aku sambar.. hehehe..

xpe.. lain kali ada modal.. aku beli la yg original.. hehehe.. bukan apa.. x best la klau xde jam tangan ni.. rasa cam x lengkap je idup.. cheeewwaaahhhhh... :-)

**amacam bergaya tak aku pakai jam ni... hahahaha**

ok la.. kita sambung lagi nanti.. babai...

Niat Puasa Ramadhan, Doa Sebelum & Selepas Buka Puasa




Assalamualaikum..

pejam celik..pejam celik.. dah hampir setahun kita tinggalkan ramadhan yg lepas.. x lama lagi kita akan menyambut ramadhan lagi.. alhamdulillah.. jika dipanjangkan usia.. kita bersama² akan menyambut ramadhan lagi pada mggu depan.. dikesempatan ini.. aku nak kongsikan bersama² korang niat puasa dibulan ramadhan dan doa² sebelum dan selepas berbuka puasa..

----------------------------------------------------------------

1) Niat Puasa Ramadhan

1.1) Lafaz niat untuk sebulan berpuasa

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala



1.2) Lafaz niat puasa untuk harian

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari sehari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kera Allah Ta'ala



2) Doa Ketika Hendak Berbuka Puasa


Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



3) Doa Selepas Berbuka Puasa


Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

----------------------------------------------------------------

diharapkankorang semua akan mendapat manfaat drpd post aku kali ni.. ha lagi 1.. kalau ada kesempatan.. marilah kita bersama² menunaikan solat tarawih.. walaupn ianya sunat.. tetapi pahala nya amat lah besar..

akhir kata dr aku.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa... Amin..

harimau yang terluka

kekalahan amat la menyakitkan.. tp kita terpaksa juga menerimanya.. harimau yg baru hendak mula melangkah dgn gagah.. akhirnya terluka jua.. sebagai seorang muslim yg taat akan perintah tuhan nya.. ini boleh dikatakan bukan rezeki kita.. tidak ada bayi yg baru lahir akan terus berjalan.. perlahan² akan mengikut turutan lumrah manusia sebelum dia dpt berjalan dgn sempurna.. walaupn sudah pandai berjalan.. sesekali akan jatuh jua..

begitu juga dengan pasukan kebanggaan negara kita Malaysia yg diberi jolokan HARIMAU MALAYA.. byk lagi jatuh bangun.. perit maung yg perlu dihadapi utk sebaris dgn pasukan² ternama dunia.. boleh dikatakan kita masih JUARA ASIA TENGGARA kerana kita menggunakan kekuatan asli rakyat negara kita.. tetapi dgn sebilangan kecil pemain import Singapura.. kita masih tidak dpt menanganinya dgn baik dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.. bagaimana pula dgn cabaran di PIALA DUNIA??

masih byk yg perlu kita pelajari... dgn azam yg kuat serta keyakinan yg tinggi.. aku masih akan tetap menyokong Harimau Malaya.. sb aku rasa, pasukan negara kita telah sedikit agak maju. beberapa pemain yg telah mula mencipta nama diharapkan jgn trus alpa dan selesa.. seniority tidak akan memberi apa² makna sekiranya permainan tak seberapa..

jgn la kita caci maki mereka kerana kekalahan ini.. kerana mereka juga harus belajar erti kekalahan.. tetapi jgn terus kalah.. jadikn kekalahan sebagai jambatan utk kita mencari kemenangan.. lumrah alam.. tidak akan ada seseorang yg sentiasa akan duduk diatas.. sesekali akan berada dibawah juga.. pengajaran yg berguna sebelum dia kembali berdiri diatas semula..

marilah sama² kita menyokong mereka agar harimau yg luka akan sembuh kembali agar dapat membaham mangsa nya.. mereka insan biasa yg perlukan sokongan dan dorongan.. jgn la dicemuh tp puji la mereka.. kerana semangat mereka.. Harimau Malaya tetap digeruni..

mgkn agak kelakar posting aku kali ni.. sb aku ni bukannya peminat setia bola sepak.. tetapi kerana negara sedang menghadapi aura bola sepak yg amat memuncak.. aku terasa sama akan bahang nya.. biar la apa yg berlaku.. biarla apa org nak kata.. MALAYSIA TETAP TANAH TUMPAH DARAHKU!!! AAAUUUMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!


cerdiknya dia

kalau la aku ni pn pandai melukis.. alangkah best nya..


enable right klik pada blog disable right klik

Hai sumer...

arini aku nak bg ckit ilmu pada korang.. tgk tajuk nya mgkn korang dah paham.. mgkn korang penah alami situasi dimana korang xleh nak right klik pada sesetengah blog kan.. kat cni aku nak ajar ckit cara² bagaimana korang boleh right klik pada blog yg mana telah disable right klik.. selamat mencuba...

Kalau Guna Internet Explorer Browser

  1. Pergi kat Tools>Internet Options>Security

  2. Pastu klik kat Custom Level

  3. Cari Scripting seksyen dekat kwasan bawah sekali..

  4. Pastu disable Active Scripting.Ini akan disable kan JavaScript ngan vbscript dalam browser nie.

  5. Tekan OK.

  6. Restart balik Internet Explorer


Kalau Guna Mozilla Firefox Browser


  1. Pergi kat Tools>Options>Content

  2. Uncheck dalam kotak yg Enable JavaScript

  3. Tekan Ok

  4. Pastu boleh la test buka website yg block right click tu..


Kalau Guna Google Chrome Browser

  1. Klik pada Wrench Icon (gambar spanar) kat atas sekali sebelah kanan.

  2. Tekan Options

  3. Pastu pergi kat Under the Hood punya seksyen..

  4. Tekan Content Setings pastu tekan la yg dia tulis "do not allow............" kat seksyen JavaScript

  5. Pastu buka la website yg block right click tu.
Lepas selesai je korang copy artikel atau apa saje yg korang nak dr blog tersebut.. ikut balik langkah² diatas dan undo balik apa yg korang dh buat td.. klau x, mgkn ada sesetengah website atau blog dimana content nya tidak dapat dibuka..

sekian untuk arini

Rasulullah S.A.W amat menyayangi kucing

entri yg aku nak papar kan kali nie bukanlah original dr kajian aku.. tp aku cari di internet.. dan aku rasakan ianya amat berguna untuk kita... dan aku kongsikan diblog aku ni.. kredit kepada keretaburuk12.blogspot.com ... jom kita layan entri ini..

Setiap kali Rasulullah S.A.W menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong Mueeza (nama kucingnya) dan diletakkn dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah S.A.W suka ialah Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya mengikut lantunan suara azan.

Rasulullah S.A.W berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan sama seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah juga Rasulullah S.A.W mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur diatasnya. Rasulullah S.A.W pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.

Selepas Rasulullah S.A.W pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada tuannya. Sebagai balasan, Rasulullah S.A.W menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Rasulullah S.A.W menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saw mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing diliputi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Keputusan yang diperolehi adalah:

1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan bakteria, meskipun dilakukan berulang kali.


2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.


3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.


4. Sekalinya pun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.

Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen Para Doktor dalam bidang berkaitan:

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1 / 4 anjing, kucing 1 / 2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa'id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme. Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti contoh pada genangan air (lumpur, takungan hujan, dll).

Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.
Dan hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah di lakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka'b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Lihatlah." Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Ia menjawab, "Ya." Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW prnh bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bekas air."

Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah S.A.W menuju bekas air tersebut. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bekas air itu. Melihat itu, container berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Rasulullah S.A.W ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Daud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang sembahyang. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Malangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.

Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berjalan ke sana." Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, badan kucing, peluh, sisa makanan dan bekas makanannya adalah suci.

aku bermain gitar

main gitar.. main gitar.. nampak nya mmg xde hrapan la aku nak main gitar..
tp yg syok nye nak citer pasal gitar ni.. semalam aku main gitar.. tp xtau bunyi apa lagu
apa.. hahaha.. sebab aku main kat internet..bukan cam gitar ni.. tapiiiiii...


ha... gitar ni la... hahahaha.. kalau korang buka google semalam.. ada aplikasi gitar..
ha camni la...
dah² malas nak citer.. saje je nak merapu memalam ni... hahaha.. babai..


ayam bakar yg hangit

hujung mggu bebaru ni, aku ada balik kg.. saje je melawat bonda tercinta.. tp apa yg menarik, adalah aktiviti membakar ayam sampai hangit.. hahaha.. maklum la.. xde pengalaman.. janji leh telan sudah la..

sebenarnya dh lama aku teringin nak buat ayam bakar nie.. asyik tgk kat tv je kan.. sesekali nak gak try masak.. ala xde la sedap mana pn.. saje nak bg happy².. maklum la, nak blk kg jarang sekali.. tp bila dh balik, kita kasi gembira la.. aku xde la nak jemput ramai².. sekadar pakcik dan nenek aku jek.. nak ajak reramai.. takut x cukup plak.. modal kurang bebbbbbb!!... hehehe

kepada adik² aku yg berada di Penang dan Jerman.. awak berdua leh tgk gambar je la yer.. nak hantar takut x sampai.. hehehe.. lenkali bila awak² blk kg.. kita buat lagi yer.. kali ni kita bakar kambing sekor.. amacam?? baru la leh jemput 1 kampung... hehehe..

aduhhhhh.. x tertahan godaan tgk gambar nie.. masih terasa dibibir.. seakan baru td menikmatinya.. hehehehe.. dah².. malas nak mengarut.. aku nak buat keje.. haaa!!?? buat keje!!??.. sebenarnya aku tgh keje ni.. mlm lak tue... adussssssssssssss.. k la.. babai..


merambu di I-City

dh lama aku x pegi tempat ni.. sekali pegi kena bayar la plak.. tp xpe.. puas ati.. siap ada umah salji lagi.. tp yg tu masuk kena bayar la..

aku klau ikut kan mmg dh malas dah nak gi sana.. tp disebabkan permintaan org.. so aku bawa je la.. aku gi ngan family abg ipar aku.. maklum la.. dorang jarang sekali turun kl.. so skali dh jalan tu.. kita jalan la sepuas²nya..

tp aku mmg penat tahap gaban la.. balik keje terus gi situ.. dgn x mandi, x tukar baju.. dh mcm budu basi dah bau badan aku.. penat xyah nak citer la.. layankan juga.. tp mmg syok la.. nanti lenkali kalau bebetul aku ada tenaga.. aku nak gi sekali lagi tempat nie.. bila bertenaga baru la syok nk merayapkan.. hehehe..

balik umah dh dkt tgh malam.. pastu esok lak bantai keje pagi.. perghhh.. mmg terbaik dr ladang la.. hahaha.. aku duk citer ni.. korang tau x tempat tu apa nya?? kalau korang tgk tajuk, mgkn ada yg dh familiar ngan tempat ni.. tp mgkn pada korang yg duduk kat area² pulau.. gua².. dan hutan belantara.. mgkn nama ni korang jarang atau x penah dgr.. tempat yg dimaksudkan adalah.. I-City Shah Alam.. kota lampu pada korang² yg jakun nak tgk lampu..

dh².. citer byk x guna.. klau korang nak rasai sendiri pengalaman yg terbest dlm idup korang.. jom la dtg ke tempat ni..